TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Rabu, 03 Agustus 2011

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.    Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum dari padanya.

3.    Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.    Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.    Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.    Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8.    yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1.    Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2.    Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3.    Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. 
READ MORE - TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

KUMPULAN KISAH - KISAH

Minggu, 24 Juli 2011

READ MORE - KUMPULAN KISAH - KISAH

KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ia memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular.


Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."


Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka niscaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam. 


Na'uzubillah jauhkanlah kita semua dari siksa api neraka-MU, jadikanlah Haram bagi kita semua api neraka-Mu itu ya ALLAH SWT. Amien ....

READ MORE - KISAH NERAKA JAHANNAM

KISAH BERKAT DIBALIK MEMBACA BISMILAH

Kamis, 21 Juli 2011

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mau mengerjakan kewajiban agama dan tidak tahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu senantiasa membaca Basmallah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulaikan sesuatu senantiasa didahuluinya dengan Basmallah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdo'a kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan uang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpanlah uang ini." Isterinya mengambil uang itu dan menyimpannya di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat dimana istrinya menyimpan uang itu. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil uang tersebut tanpa sepengetahuan istrinya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku uang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan uang itu, dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan uang dan menyerahkan uang itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terkejut suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Basmallah apabila dia hendak memulaikan sesuatu pekerjaan

subhanallah, suatu pelajaran yang amat sangat penting yang harus kita contoh dan harus selalu diterapkan dikehidupan kita sehari - hari supaya slalu dapat pertolongan dari ALLAH SWT. Ea terkadang ane juga lupa untuk mengucapkan Basmallah disetiap ane melakukan kerjaan, jadi marilah kita sama - sama belajar membiasakan diri untuk senantiasa mengamalkan bacaan basmallah dikeseharian kita.
READ MORE - KISAH BERKAT DIBALIK MEMBACA BISMILAH

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY

Senin, 18 Juli 2011

Assalamualaikum Warohmatullah Wabarakatuh

udah lama ane gak buka - buka lagi blog karna disibukan ama hal-hal lainnya ( so sibuk ea ^^ ). mudah - mudahan hari ini sama seterusnya ane bisa berbagi lagi pengetahuan atau kisah-kisah yang mencangkup dengan islam yang harus slalu kita kaji dan terapkan dalam kehidupan kita sebagai orang islam supaya selalu dicintai oleh ALLAH SWT  pada semua para pejuang-pejuang islam, amien. ia udah langsung aja pada kesempatan kali ini ane bikin artikel tentang binatang yang turun dari neraka jahanam yang akan turun pada hari kiamat kelak, mari kita kaji baik-baik kisahnya.

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mau mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Nauzubillah, mudah - mudahan kita semua tidak termasuk orang - orang yang dicintai HURAISY, amien. Oleh karna itu marilah kita belajar sama-sama untuk tingkatkan IMAN kita dan menjauhi hal-hal yang dicintai HURAISY dan dibenci ALLAH SWT.
READ MORE - KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY

Popular Posts